Nikon D5000

Nikon D5000

Pakej Fotografi Perkahwinan 2015

Pakej Fotografi Perkahwinan TAHUN 2015 adalah perhargaan kepada pelanggan yang menyokong kami selama ini. Bagi yang ingin kan PAKEJ BUDJET boleh lah berurusan dengan saya melalui sms/phone/whatsapp 012-2543382.
Abadikan kenangan anda di lensa DSLR kami... You Create The Moments, We Captures The Moments For You.. Any Event!!

Saturday, September 12, 2015

AKSESORI DSLR (DSLR COMBO)

“DSLR dah beli, sekarang nak beli apa lagi ye? Flash atau Lens? Kalau lens nak beli yang mana satu?” Pastinya soalan ini akan bermain-main di kepala lepas kita beli DSLR pertama. Dalam inbox pun ramai yang tanya soalan ni kat aku. Sejujurnya aku tak boleh jawab soalan ni sebab apa aksesori yang korang kena beli lepas beli DSLR bergantung pada keperluan atau style korang dalam fotografi.
Kalau nak jelas lagi, meh sini aku terangkan macam mana nak pilih aksesori mengikut keperluan.
DSLR + Drybox
Walaupun drybox bukan aksesori, tapi aku sarankan korang beli drybox. Drybox penting untuk elakkan lens korang terkena jangkitan fungus. Drybox tak mahal pun, yang paling kecik sekitar Rm200-Rm250.
Untuk pengetahuan korang, kalau untuk servis lens yang kena fungus, cas lebih kurang Rm100 ke Rm150 untuk satu lens. Kalau 2-3 lens kena fungus? So better beli drybox dulu sebelum korang beli lens tambahan.
DSLR + Flash
Kalau korang banyak ambik gambar indoor atau tempat-tempat tertutup yang kurang cahaya matahari, tak boleh disangkal lagi, korang WAJIB beli flash dulu, terutama kalau ada planning nak jadi wedding photographer. Walaupun DSLR ada built in- flash, korang percayalah, korang takkan teringin nak guna built in flash. Cubalah kalau tak percaya.
DSLR + Lens
Nak beli lens kena tengok kepada style menembak korang, kalau beli semua tapi tak pakai tak guna jugak.
Suka ambik gambar potrait – kalau suka ambik potrait, 50mm 1.8 lens yang cukup bagus untuk mula. Antara lens yang murah, tapi kualiti gambar memang superb.
Suka ambik gambar landscape – kitlens 18-55mm dah memadai. Tapi kalau nak gambar yang lebih dramatik, ambik Ultra Wide Angle seperti 10-20mm. Perlu di ingat lens UWA agak mahal, kalau bajet terhad, korang beli yang second hand.
Suka ambik gambar jauh – contohlah korang cikgu sekolah dan suka ambik gambar-gambar aktiviti ko-kurikulum, 75-300mm lens yang cukup sesuai. Takpun korang suka ambik gambar burung atau haiwan liar sebab kita tak boleh nak dekat sangat dengan subjek.
Suka ambik gambar serangga – Lens macro sesuai kalau korang suka ambik gambar benda-benda kecik terutamanya serangga. Kebiasaannya beginner memang suka ambik gambar serangga, so kalau rasa betul-betul minat dalam fotografi macro, korang beli lens macro. Lens macro pun boleh digunakan untuk ambik gambar potrait yang cantik.
So rasa-rasanya korang dalam kategori mana? 
DSLR + Battery Grip
Sangat penting kalau korang banyak ambik gambar dalam orientasi potrait atau menegak. Tapi rasanya aksesori ni beli paling last kot, tak perlu sangat.
*****
Tips di atas sesuai untuk korang yang ada bajet yang terhad. Walaupun korang ada duit yang cukup untuk beli semua, aku sarankan korang beli satu-satu aksesori terutamanya lens. Pakai dulu lens tu sehinggalah korang rasa lens tu limit untuk event-event tertentu. Bak kata mat saleh, “push to the limit”. Pastu baru beli lens yang boleh atasi limitasi tadi.

DSLR UNTUK BEGINNER

Kebanyakkan mereka yang nak beli DSLR selalu keliru mana satu yang sesuai untuk mereka. Ada kes seorang member aku, langsung takda pengalaman guna DSLR, bila nak beli, terus beli model yang advance. Last-last kamera tu dia jual dan tukar dengan digital kamera. 
Baiklah, entri kali ni akan beri sedikit panduan untuk beginnner/newbie beli DSLR pertama. Sebelum kita pilih model DSLR, jom tengok dulu apa ciri-ciri yang perlu korang ambik berat masa nak beli kamera pertama.
1. Mudah digunakan
Interface kena menarik, senang dan tak serabut. Nak pegi kat mana-mana setting pun tak susah. So far yang aku tengok Sony memang terbaik dalam user interface yang mesra pengguna.
2. Live View
Live View bukanlah fungsi yang wajib, tapi dari pengalaman aku, LV memang diperlukan dalam keadaan tertentu, terutama bila nak shoot pada sudut yang sukar. Lainlah korang jenis yang tak kisah menonggeng di khalayak ramai.
3. Harga Murah
Biasanya untuk entry level DSLR, korang boleh dapat dalam harga sekitar RM2500. Aku tak galakkan korang beli kamera yang mahal. Lebih baik invest untuk akserosi seperti lens atau flash.
4. Brand Kamera Member
Pilih brand yang kebanyakkan member korang pakai. Contohnya kalau ramai member yang pakai Canon, korang beli Canon. Jadi senang korang nak mintak ajar atau berkongsi aksesori. Make sense right?
Antara DSLR yang aku rekemen untuk beginner adalah seperti berikut. Harga bawah rm2500.
1. Canon 1100D/1000D
2. Nikon D5100/D3100
3. Sony A550/A500
Ada banyak lagi brand macam Pentax, Olympus dan Lumix. Cuma masalah dengan brand-brand ni adalah aksesori 3rd party yang limited. So agak susah kalau korang cari lens, flash atau aksesori lain untuk brand-brand ini.
Jangan lupa baca manual setelah beli kamera tu. DSLR bukanlah macam mesin basuh, tak baca manual pun korang boleh guna. So please read your manual. Tak payah pegi internet atau pegi kedai buku cari majalah fotografi, khatam dulu manual. Manual tu umpama “muqaddam”. Tak khatam muqaddam, macam mana nak baca Al-Quran? Betul tak?
Lagi satu, bagi yang tak cukup bajet, korang boleh beli second hand DSLR. Jangan risau beli DSLR second hand sebab kebanyakkan DSLR second hand masih dalam keadaan baik. 
Apa-apa pun, dalam memilih DSLR, yang paling penting ialah keselesaan. Kalau korang pegang DSLR tu dan korang rasa selesa, abaikan tips-tips yang aku bagi, terus beli DSLR tu. 
Harap entri ringkas ni sedikit sebanyak membantu korang untuk beli DSLR pertama.

10 Cara Untuk Hasilkan Gambar Yang Kreatif

Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa kamera yang kita pakai bukan sekadar point and shoot sahaja, tetapi sebenarnya ada 10 cara untuk hasilkan gambar yang kreatif. Tak kiralah korang pengguna DLSR, mirrorless mahupun smartphone sekalipun, asalkan ada manual mode (M), aperture priority mode (A) dan juga shutter priority mode (S), kesemua 10 teknik yang bakal dinyatakan dibawah dapat dijayakan dengan sempurna. Practices make perfect.
blur the background
1. Blur the background
Ataupun bokeh. Untuk menghasilkan gambar sebegini, ia amat berkait rapat dengan aperture lense. Bagi pengguna DSLR dan juga mirrorless, gunakan Aperture Priority Mode (A untuk nikon, Av untuk canon). Aperture priority mode dapat mengawal aperture setting dimana ia dapat menentukan depth of field sesuatu gambar.
Gunakan wide aperture (f/1.8, f/2.8, f/4) untuk memberikan narrow depth of field ataupun bokeh yang cantik. Bokeh yang cantik dapat menonjolkan subjek.
Zooming blur. Lebih kurang macam ni lah. Maaf, tak berapa menjadi
Zooming blur. Lebih kurang macam ni lah. Maaf, tak berapa menjadi
2. Zooming blur
Kebiasaanya kita tak sentuh langsung zoom ring semasa mengambil gambar. Tetapi, dengan pemilihan subjek yang menarik, kaedah ini dapat menghasilkan gambar yang striking dan jarang sekali dilihat. 
Apa yang perlu ada adalah tripod dan juga shutter release ataupun remote. Gunakan shutter yang perlahan contohnya 1/2s dan tangkap gambar subjek menggunakan remote. Kalau takde remote, pakai timer pon boleh. Yang penting, mount camera pada tripod untuk mengelakkan gegaran.
motion blur
3. Motion blur street shots
Pernah ambil street shots? Kalau pernah, mungkin ni cara yang belum pernah korang cuba. Manalah tau kan. Bila di tengah bandar tu, pasti ramai manusia yang kehulu kehilir sibuk dengan kerja masing-masing. Point and shoot tu dah biasa. Bosan. Apakata letakkan sedikit efek supaya nampak lebih dramatik.
Untuk menghasilkan movement blur, pemilihan shutter speed dapat menghasilkan movement blur yang cantik. Contohnya gunakan shutter speed 1s ataupun 1/2s, mount camera pada tripod dan snap! Tripod penting sebab kita tak nak objek lain pon blur. Kita hanya nakkan orang ramai yang berjalan tu blur.
panning sport photography
4. Panning shots
Panning shots ni selalunya dikaitkan dengan objek yang bergerak pantas. Contohnya kereta, orang berbasikal, kanak-kanak yang sedang berlari dan sebagainya. Gambar yang terhasil akan menyebabkan subjek menjadi sharp manakala backgroundnya blur dan seolah-olah bergerak pantas. Faham?
Gunakan shutter priority mode, pilih shutter yang bersesuaian. Gunakan juga continuous shots supaya dapat shots beberapa gambar. Macam mana nak buat? Bila subjek menghampiri contohnya kereta, shots the subject a few times dan follow pergerakan dia. Dalam banyak-banyak gambar yang diambil mesti ada yang blur dan ada juga yg sharp.
water phtography
5. Bekukan pergerakan dengan flash
Flash/Speedlight bukan sahaja bertindak sebagai light source. Ia juga mampu membekukan pergerakan yang laju. Kaedah ini memerlukan flash dengan manual setting dan kalau boleh off-camera trigger. Sebagai contoh, merakam buah  jatuh dalam air. Kaedah ini kena try and error.
Gunakan manual mode dan manual focus. Set shutter speed selaju yang boleh berpadanan dengan flash yang digunakan. Aperture f/8 dan ISO 200. Pegang subjek di posisi yang bakal dijatuhkan dalam air dan focus pada posisi tersebut.Setting pada flash juga penting. Pada trial pertama, gunakan power yang rendah usually 1/128. Jika guna off-camera trigger, letakkan flash dibahagian atas bekas yang mengandungi air. Take a test shots a few time untuk menentukan exposure yang betul.
6. Extreme Shutter Speed
Antara kaedah yang menarik untuk menjadikan gambar landskap kelihatan begitu mengujakan. Penggunaan shutter speed yang sangat lama akan menjadikan objek bergerak seperti awan, air ataupun rumput yang ditiup angin kelihatan blur ataupun smooth. Cabaran utama bila bermain dengan shutter speed yang lama ini adalah over-exposed. Gambar yang dihasilkan berkemungkinan besar akan over-exposed.
water fall long exposure
7. Air terjun dramatic
Siapa sini tak pernah mandi air terjun? Pergh! Rugi beb! Mandi air terjun lagi best dari mandi air laut. Hehe. Kita tahu kan, air terjun mengalir dengan deras sekali. Kadang-kadang rasa sakit juga bila air tu jatuh atas badan kita. Pengaliran air yang laju ini amatlah cantik bila dijadikan antara subjek utama dalam gambar landskap. Kadang-kala, imej air laju juga tak begitu menarik. Lihat contoh gambar diatas. Gambar sebelah kiri menggunakan shutter speed 1/50s. Ini dapat membekukan pergerakan air terjun tu. Lihat pula gambar sebelah kanan. Shutter speed selama 30s diperlukan untuk menghasilkan gambar air seumpama itu. Menarik kan?
To do this, gunakan shutter priority mode dan pilih shutter speed yang lama. Boleh juga guna “bulb” mode jika mahu. Tapi, kadang-kala, gambar yang dihasilkan boleh jadi terlalu terang (over-exposed) sehingga hilang detail gambar. Ini kemungkinan disebabkan oleh cuaca setempat yang begitu cerah. To solve, gunakan Neutral Density (ND) filter. Filter ini dapat menyekat jumlah cahaya yang masuk tanpa memberi kesan kepada gambar.
light painting
8. Melukis dengan cahaya
Pernah melukis pakai cahaya? Melukis dengan cahaya amat bergantung kepada long exposure. Apa yang perlu adalah, camera mesti dipasang pada sturdy tripod dan gunakan shutter release untuk mengelakkan gegaran. Bila dalam keadaan yang completely dark, gunakan live view untuk set the frame dan fokus pada gambar.
Bila dalam keadaan gelap juga, mesti payah nak fokus. So, halakan torch light pada pada subjek yang nak dilukis dan fokus secara manual. Contohnya gambar diatas, fokus pada Goku. Hehe… ISO yang tinggi diperlukan memandangkan keadaan yang gelap.
9. Light trail
Untuk menghasilkan trail of light, malam adalah waktu yang paling sesuai. Sebab pada waktu ni, kita dapat shoot movement of light yang datangnya dari kenderaan. Untuk menghasilkan efek ini, kamera perlukan fixed pada position, iaitu atas tripod untuk mengelakkan gegaran. handheld adalah mustahil sebab light trail bermain dengan long exposure. So, bila handheld tu, for sure akan ada gegaran.
Screw the camera tightly on the tripod. Gunakan manual mode. Gunakan “bulb” shutter speed, small aperture ie f/11 dan ISO 100-200. Shuuter relase diperlukan sebab kita set “bulb” shutter speed. So, press shutter release bila-bila masa yang kita nak. Exposure time yang diperlukan amat mempengaruhi ambient light dalam gambar. So, try and error with the “bulb”. Jangan lupa, guna manual focus. Maybe set it to infinity.
Contoh untuk light trail dan starburst
10. Starburst effect
Melukis dengan cahaya dan light trail dah cukup cantik untuk menambahkan seri gambar. Tapi untuk menambahkan lagi seri gambar, efek starburst tak patut diabaikan. Kalau nak diikutkan benda ni boleh dibuat melalui photoshop, tapi amatlah senang jika dibuat terus melalui kamera. Nak shot starburst ni semestinya pada waktu malam lah. Masa tu boleh rakam lampu jalan atapun lampu dari bangunan yang boleh dijadikan starburst.
Gunakan small aperture contohnya f/16. Bila dah pakai f/16, semestinya shutter speed akan menjadi lama. Elakkan guna ISO yang tinggi sebab nanti akan wujud noise pada gambar. Bentuk starburst ni berbeza bergantung pada lense yang digunakan. Setiap lense ada jumlah aperture blades yang berbeza. Kalau aperture blades ada 9, starburst akan membentuk 9 point pada star tersebut.
Efek starburst ni boleh tengok pada gambar contoh diatas.
Sumber asal: Majalah Digital Camera cetakan disember 2013.

20 PERKARA YANG AKU BELAJAR MENGENAI FOTOGRAFI

Baiklah, secara ringkasnya, entri kali ni mengenai perkara-perkara yang aku belajar sejak hari pertama pegang DSLR. Semuanya datang dari pengalaman sendiri. Kalau korang cari kat internet, ramai fotografer luar negara buat entri macam ni, ada yang buat sampai 100. Aku larat buat 20 je..


1. kamera yang mahal tak menjanjikan gambar yang cantik.
2. bawa kamera ke mana-mana saja.
3. jangan sangkut kamera kat leher, lilitkan pada tangan.
4. pakai slingbag, kalau backpack susah nak buka beg, terutama bila tukar lens.
5. tiada apa yang istimewa pada gambar yang modelnya wanita cantik.
6. feveret lens = 50mm 1.8.
7. bila nak keluar shot landscape, bawak  kitlens + tripod sahaja.
8. tak payah beli tripod berat-berat kalau selalu travel.
9. aksesori kedua yang perlu dibeli selepas kamera ialah drybox, bukan lens atau flash.
10. jangan guna UV filter kalau shot waktu malam.
11. labur duit untuk lens, bukan body.
12. mahal mana pun lens, tapi kalau filter cap ayam… fikir-fikirlah sendiri.
13. bila nak beli kamera, beli brand yang sama dengan kawan, senang nak belajar.
14. elakkan tukar lens di tempat yang berpasir dan berdebu.
15. sentiasa peka dengan keadaan sekitar.
16. gambar yang banyak noise lebih baik dari gambar yang blur.
17. servis kamera setiap kali lepas guna.
18. cipta gaya sendiri.
19. gambar posing sangat memboringkan.. candid lebih baik.
20. keep it simple.

8 TIPS MENGAMBIL GAMBAR SEPERTI PAKAR FOTOGRAFI

Pernah tak korang tengok gambar dalam apa-apa majalah seperti National Geographic atau yang seumpamanya (majalah Mangga tak kira), subjek dalam foto biasa je, haiwan, orang dan alam semulajadi. TETAPI kenapa mata kita boleh terkunci beberapa saat sebab ada sesuatu yang menarik pada foto tersebut.
Kadang-kadang terfikir, macam mana nak dapat gambar atau foto macam tu? Kenapa kita tak boleh hasilkan foto yang sebegitu padalah kamera dah sama. Lens pun sama. Apa yang tak cukup?

1. Komposisi

Beza orang biasa dan jurugambar adalah terletak pada komposisi. Orang biasa ambik gambar tak fikir, ambik kamera dan snap. Tapi jurugambar kena fikir mana nak letak subjek, nak ikut peraturan mana. Analisis sebelum tekan shutter.
Cara terbaik untuk belajar kompsisi ialah dengan melihat contoh gambar di internet. Contohnya kalau nak belajar “Rule of Third”, google dan tiru gambar tersebut.

2. Siapa Hero?

Dalam movie watak utama atau hero adalah watak yang menjadi tumpuan dalam penceritaan. Dalam foto pun sama, apa subjek utama? Siapa hero dalam gambar? Dalam movie tak boleh semua watak jadi hero (kecuali filem heroes).
So pastikan hero dalam foto korang betul2 menonjol dan tak tenggelam.
+ boleh kenal pasti siapa hero dalam gambar ni?

3. Hero Buat Apa?

Jika subjek kita benda hidup seperti manusia atau haiwan, dalam foto tu kena tunjuk apa subjek tu buat. Contohnya gambar makcik tengah jual sayur, ambik keseluruhan scene supaya ada cerita. Cerita apa? Cerita seorang makcik yang tengah jual sayur.
Elakkan ambik muka saja atau separuh badan.  Biasanya berlaku pada newbie yang masih takut ambik gambar & guna lens telephoto ambik dari jauh.

4. Mudah dan Minimalist

Cuba mudahkan jalan cerita yang cuba nak disampaikan. Foto yang baik adalah bila orang tengok sekali imbas dia tau mana subjek utama, apa yang nak diceritakan. Asingkan subjek utama dengan latar belakang dan dari unsur-unsur yang tak perlu ada.
3
+ contoh foto minimalist
Macam mana nak simplify’kan gambar? Cara paling mudah ialah guna aperture rendah (contohnya f1.8) untuk dapatkan bokeh. 

5. Pelbagai Sudut

Jangan takut nak berguling-guling bila nak ambik gambar. Kadang-kadang kita kena meniarap & baring atas jalan untuk dapatkan sudut yang unik. Kalau takut nak bergelumang dengan alam, tiada apa yang membezakan foto korang dari foto amatur lain.
Orang biasa2 akan ambik gambar ikut aras mata (eye level),  tapi sebenarnnya kita boleh dapatkan foto yang lebih kreatif dengan hanya mengubah sudut kamera. Aras tanah, aras pinggang, aras dada, aras kena angkat ketiak.  Bereksperimenlah dan buat kelainan.
professional-photographer
+ biar orang kata kita gila meniarap tengah-tengah jalan

6. Pencahayaan

Perasan tak kalau movie Hollywood, kalau lighting dekat muka mesti sebelah cerah, sebelah gelap. Dalam CSI contohnya, dalam lab pun gelap, padahal lab patutnya kena terang benderang. Kenapa? Kerana pencahayaan boleh mempengaruhi mood sesuatu foto.
Pencahayaan yang “flat” adalah membosankan. Cuba buat kelainan, gunakan flash atau cahaya semula jadi untuk mendapatkan pencahayaan yang lebih dramatik.

7. Langgar Peraturan (Break the Rules)

Dalam fotografi ada banyak peraturan yang kita kena follow. Tapi tak semestinya kita kena ikut. Sesuatu yang seni tidak perlu skema. Tapi nak langgar peraturan, korang kena mahir dulu peraturannya. Tak boleh langgar sesuka hati.
street-photography-streettogs-rim-light-sunset-natural-light-sidelight-byres-road-glasgow-candid-portrait-woman-hairlight-black-white-bw-mono-rob-cartwright-21
+ cahaya boleh mengubah mood sesuatu foto

8. Tapi yang paling penting…

Perkara paling paling dan paling teramat sangat maha penting dalam fotografi sehingga saya boleh katakan,”senggama semua peraturan (f**k all the rules)” adalah “moment” (Google Translate -Saat). Moment adalah kunci kenapa gambar yang kita tengok tu ada roh. Contohnya gambar wedding, gambar pose atau candid?
Saya percaya ramai yang akan pilih candid, sebab apa? Moment.
Kalau tengok gambar dalam Nat Geo, kebanyakkan memang diambil dalam “moment” yang tepat, terutama foto-foto haiwan.
Jadi kalau jumpa moment yang best, takyah fikir-fikir setting, snap je, pakai auto pun takpe sebab “moment” yang special ni berlaku sekali je, tak boleh ulang tayang.
 *******
Tips-tips di atas kebanyakkan saya korek dari sifu-sifu fotografi yang saya jumpa secara personal, bukan takat baca blog atau tengok video. Terus terang saya cakap, saya improve banyak lepas ikut tips mereka.
Satu lagi, ada saya cakap kena pakai kamera brand ini, brand itu & yang mahal-mahal? Takde kan? So guna apa saja kamera yang ada di tangan korang.
Oh ya, sebelum terlupa, atas kesempatan ini saya nak ucapkan Selamat Berpuasa Zahir dan Batin kepada semua pembaca blog ni yang masih setia ikut sejak dari entri pertama. Harap terus kunjung tanpa putus ke sini ye walaupun jarang-jarang update ðŸ˜€
Sumber Gambar:
loriloo.blogspot.com
echwaluphotography.wordpress.com
photo.tutsplus.com
robcartwrightphotoblog.wordpress.com